PEMALU DAN MENYEMBUNYIKAN RAHSIA
Wahai Ukhiti Muslimah! Sebahagian dari akhlak orang islam yang sejati itu ialah pemalu dan menyimpankan segala rahsia dan cacat cela saudaranya. Tidak suka menyebarkan berita-berita buruk, fitnah atau tuduhan palsu yang bukan-bukan di dalam kehidupan bermasyarakat. Seorang wanita Muslimah itu sentiasa mengamalkan petunjuk-petunjuk Al-Quran dan sunnah yang suci yang mengancam bagi setiap manusia yang suka menyebarkan berita-berita palsu dan memburuk-burukkan saudaranya. Ancaman itu adalah berupa keazaban dunia dan akhirat.
Firman Allah S.W.T.:
“Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(An-Nur:19)
Dari itu wahai Ukhti Muslimah, janganlah melepaskan lidahmu dalam menyebarkan berita-berita jahat dan tuduhan-tuduhan palsu di dalam masyarakat islam, kerana dosanya sangat besar di sisi Allah. Ali bin Abi Thalib r.a. pernah berkata:
“Yang membuat kejahatndan orang yang menyebarkan beritanya, sama banyak dosanya.”
(Riwayat Bukhari)
Seorang Muslimah yang hidup di dalam masyarakat islam adalah penutup berita jahat dan tuduhan palsu. Dia pemalu dan tidak tergamak untuk berbuat dosa dan noda. Dia mempunyai akhlak yang mulia yang diperolehinya dari didikan islam yang menghalangnya daripada melibatkan diri dari menggugat dan melukai kehormatan manusia. Dia memelihara lidahnya dari menyiarkan berita maksiat sama ada berita itu didengarnya atau dilihatnya sendiri. Semuanya itu ditutupnya rapat-rapat kerana mengamalkan hadis Rasulullah S.A.W. :
Tiap-tiap umatku dimaafkan kecuali berterang-terangan. Yang dimaksud dengan berterang-terangan adalah seorang lelaki yang berbuat dosa pada waktu malam, padahal pada waktu pagi hari Allah telah menutup segala rahsianya lalu dia berkata: “hai pulan, sesunnguhnya aku telah berbuat begini dan begini,” padahal dia telah bermalam ditutup oleh Allah S.W.T. dan dia sendiri mendedahkan rahsia Allah S.W.T.
(muttafaq alaihi)
Sabdanya lagi:
“tidak menutup seorang hamba akan seorang hamba di dunia melainkan Allah SWT menutupnya di akhirat. (menutup rahsianya, menutup cacat celanya)
(HR Muslim)
Wahai Ukhti Muslimah! Sesungguhnya mengubati dan merawat kelemahan kemanusiaan bukanlah dengan cara menginti kesalahnnya, cact celanya, mendedahkannya atau mengisytiharkannya. Sebaliknya, hendaklah menerangkan kebenaran kepada pendengaran mereka dan membawa mereka supaya taat kepada Allah. Di samping itu pula, menerangkan akibat buruk dari maksiat yang dilakukan. Semuanya itu hendaklah dilakukan dengan lemah lembut, sebab hanya dengan lemah lembut sahajalah boleh membuka pintu hati yang tertutup. Oleh kerana itu, Allah melarang kita mencari-cari kesalahan orang lain, sebagaimana firman Allah:
“Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.”
(Al-Hujurat:12)
Dalam satu riwayat dari Ibnu Abbas menceritakan bagaimana marahnya Rasulullah SAW kepada mereka yang berseronok-seronok memperkatakan aib dan cacat cela dan suka mendedahkan rahsia manusia, dia berkata: “Telah berkhutbah Rasulullah SAW dengan satu khutbah sehingga terdengar kutbah baginda kepada gadis-gadis di dalam bilik mereka lalu baginda bersabda:
“Hai sekalian orang yang beriman dengan lidahnya padahal belum masuk imna di hatinya janganlah kamu menyakiti orang-orang mukmin dan janganlah kamu mencari-cari dan mengikuti aurat (rahsia-rahsia mereka) kerana sesungguhnya sesiapa yang mengekori aurat sudaranya yang muslim, Allah SWT mendedahkan rahsianya sekalipun di dalam rumahnya.”
(HR Tabrani)
Dar hadis si atas ini, menjelaskan kepada kita betapa besarnya dosa yang dilakukan oleh mereka-mereka yang suka membuka rahsia orang atau dengan sengaja membuat berita-berita palsu, sehingga mereka dimasukkan oleh Rasulullah SAW ke dalam golongan orang-orang yang kosong hatinya