Saturday, August 22, 2009

Ramdhan menjelma lagi

Bulan Ramadhan menjelma lagi..
Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan nikmat.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:

"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu"
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Oleh itu, marilah kita sama-sama membetulkan niat kita berpuasa ikhlas kerana Allah taala.

Di sini, saya ingin mengambil peluang untuk menyampaikan ilmu mengenai muslimah dan puasa. Para muslimah haruslah sensitif dengan oerkara ini, supaya ibadah puasa yang dijalankan tepat mengikut panduan syariah:

1.Keizinan suami
-Wanita yang suci daripda haid dan nifas wajib berpuasa di bulan Ramadhan walaupun suaminya tidak mengizinkan.Hal ini kerana tidak boleh mentaati arahan suami mana2 yang bercanggah dengan perintah Allah.
-Sebaliknya, jika puasa sunat, isteri wajib meminta izin daripada suaminya kerana izin daripada suami merupakan satu syarat bagi isteri yang ingin berpuasa sunat.Namun, isteri boleh berpuasa sunat tanpa izin suami jika suaminya sakit atau tiada di rumah kerana bermusafir.

2.Wanita hamil
-wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi, diberi keringanan untuk berbuka jika dia tidak berdaya meneruskan puasa kerana ditakuti akan membawa mudarat kepada diri ataupun janin yang dikandungi atau bayi yang disusui. Walaubagaimanapun, mereka wajib menggantikan kembali puasa yang ditinggalkan itu.
-sungguhpun bagi mereka yang meninggalkan puasa kerana bimbang janin tidak mendapat makanan yangg cukup atau bayi tidak mendapat susu yang cukup, dia perlu membayar fidyah pada setiap hari yang ditinggalkan.

3.Merasa makanan
-Hukum merasa makanan adalah makruh kecuali bagi mereka yang betul2 memerlukannya sebagai contoh pembuat roti yang perlu memastikan segala bahan yang dicampurkan dalam bancuhan roti itu adalah cukup agar rotinya tidak rosak.

4.Ciuman dalam bulan Ramadhan
-Bercium pada bulan Ramdhan adalah makruh bagi yang mudah naik syahwatnya.
-orang yang bercumbu kemudian inzal, wajib baginya untuk menggantikan puasa kerana sudah dikira terbatal. Tetapi kalau pasangan itu berjimak pada siang hari, wanita itu tidak diwajibkan membayar kifarah tetapi wajib qada' puasanya sedangkan suaminya wajib kafarah.
-walaubagaimanapun, mencium tangan suami ketika bertemu dan berpisah tiada masalah, apalagi jika amalan itu sudah biasa sebelum berpuasa.

5. kata-kata wanita
-Ketika bulan puasa, wanita digalakkan berzikir untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik(mengumpat, berkata kotor dan berdusta). Perbuatan mengumpat bukan sahaja mengurangkan pahala puasa tetapi menyebabkan amalannya tidak dinilai ALLAH.

6.Qada' puasa
-Apabila seseorang perempuan itu didatangi haid atau nifas, mereka mestilah mengganti semula puasa yang telah ditinggalkan mengikut juumlah hari yang ditinggalkan:
*puasa pada hari-hari yang lain yang dibolehkan untuk menggantikan puasa yang tertinggal.
*tidak diwajibkan melakukannya secara segera tetapi apabila ada kelapangan waktu hendaklah dilakukan sebelum masuk Ramadhan berikutnya.

-sumber:Solusi edisi 10-

Monday, June 15, 2009

WASIAT RASULULLAH S.A.W. UNTUK WANITA

PEMALU DAN MENYEMBUNYIKAN RAHSIA

Wahai Ukhiti Muslimah! Sebahagian dari akhlak orang islam yang sejati itu ialah pemalu dan menyimpankan segala rahsia dan cacat cela saudaranya. Tidak suka menyebarkan berita-berita buruk, fitnah atau tuduhan palsu yang bukan-bukan di dalam kehidupan bermasyarakat. Seorang wanita Muslimah itu sentiasa mengamalkan petunjuk-petunjuk Al-Quran dan sunnah yang suci yang mengancam bagi setiap manusia yang suka menyebarkan berita-berita palsu dan memburuk-burukkan saudaranya. Ancaman itu adalah berupa keazaban dunia dan akhirat.
Firman Allah S.W.T.:
“Sesungguhnya orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(An-Nur:19)
Dari itu wahai Ukhti Muslimah, janganlah melepaskan lidahmu dalam menyebarkan berita-berita jahat dan tuduhan-tuduhan palsu di dalam masyarakat islam, kerana dosanya sangat besar di sisi Allah. Ali bin Abi Thalib r.a. pernah berkata:
“Yang membuat kejahatndan orang yang menyebarkan beritanya, sama banyak dosanya.”
(Riwayat Bukhari)
Seorang Muslimah yang hidup di dalam masyarakat islam adalah penutup berita jahat dan tuduhan palsu. Dia pemalu dan tidak tergamak untuk berbuat dosa dan noda. Dia mempunyai akhlak yang mulia yang diperolehinya dari didikan islam yang menghalangnya daripada melibatkan diri dari menggugat dan melukai kehormatan manusia. Dia memelihara lidahnya dari menyiarkan berita maksiat sama ada berita itu didengarnya atau dilihatnya sendiri. Semuanya itu ditutupnya rapat-rapat kerana mengamalkan hadis Rasulullah S.A.W. :
Tiap-tiap umatku dimaafkan kecuali berterang-terangan. Yang dimaksud dengan berterang-terangan adalah seorang lelaki yang berbuat dosa pada waktu malam, padahal pada waktu pagi hari Allah telah menutup segala rahsianya lalu dia berkata: “hai pulan, sesunnguhnya aku telah berbuat begini dan begini,” padahal dia telah bermalam ditutup oleh Allah S.W.T. dan dia sendiri mendedahkan rahsia Allah S.W.T.
(muttafaq alaihi)
Sabdanya lagi:
“tidak menutup seorang hamba akan seorang hamba di dunia melainkan Allah SWT menutupnya di akhirat. (menutup rahsianya, menutup cacat celanya)
(HR Muslim)
Wahai Ukhti Muslimah! Sesungguhnya mengubati dan merawat kelemahan kemanusiaan bukanlah dengan cara menginti kesalahnnya, cact celanya, mendedahkannya atau mengisytiharkannya. Sebaliknya, hendaklah menerangkan kebenaran kepada pendengaran mereka dan membawa mereka supaya taat kepada Allah. Di samping itu pula, menerangkan akibat buruk dari maksiat yang dilakukan. Semuanya itu hendaklah dilakukan dengan lemah lembut, sebab hanya dengan lemah lembut sahajalah boleh membuka pintu hati yang tertutup. Oleh kerana itu, Allah melarang kita mencari-cari kesalahan orang lain, sebagaimana firman Allah:
“Janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.”
(Al-Hujurat:12)
Dalam satu riwayat dari Ibnu Abbas menceritakan bagaimana marahnya Rasulullah SAW kepada mereka yang berseronok-seronok memperkatakan aib dan cacat cela dan suka mendedahkan rahsia manusia, dia berkata: “Telah berkhutbah Rasulullah SAW dengan satu khutbah sehingga terdengar kutbah baginda kepada gadis-gadis di dalam bilik mereka lalu baginda bersabda:
“Hai sekalian orang yang beriman dengan lidahnya padahal belum masuk imna di hatinya janganlah kamu menyakiti orang-orang mukmin dan janganlah kamu mencari-cari dan mengikuti aurat (rahsia-rahsia mereka) kerana sesungguhnya sesiapa yang mengekori aurat sudaranya yang muslim, Allah SWT mendedahkan rahsianya sekalipun di dalam rumahnya.”
(HR Tabrani)
Dar hadis si atas ini, menjelaskan kepada kita betapa besarnya dosa yang dilakukan oleh mereka-mereka yang suka membuka rahsia orang atau dengan sengaja membuat berita-berita palsu, sehingga mereka dimasukkan oleh Rasulullah SAW ke dalam golongan orang-orang yang kosong hatinya

Tuesday, March 10, 2009

KISAH KASIH

Bila kita jatuh cinta dengan seseorang,

kita akan rasa seperti dialah 'soul mate' kita..



Bila kita jatuh hati dengan seseorang,

kita rasa semua orang sudah tidak bermakna bagi kita..



Cinta itu berbeza akibatnya kepada setiap penghidapnya,

yang baik, akibatnya baik lah,

yang buruk, faham-fahamlah.



bila sudah hanyut dalam cinta,

syaitan mula mengambil tempat.

bila syaitan menjadi yang ketiga di antara dua orang,

mulalah maksiat memain peranan.



Ingatlah, cinta dan kasih itu datang dari Allah,

insan yang tersayang itu juga adalah makhluk Allah,

kita ini diciptakan dari Allah juga.



oleh itu, setiap permasalahan cinta,

kembalilah kepada Allah..

kerana Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi umat-umatNya..

Monday, March 9, 2009

MUTIARA KATA

- TO BE SUCCESSFUL, THE FIRST THING TO DO IS TO FALL IN LOVE WITH YOUR WORK.

-RAHSIA PERSAHABATAN- MENERIMA SEGALA KEKURANGAN DAN KELEBIHAN SAHABAT. TERIMA SAHABAT SEADANYA DIA.

-HIDUP INI CUMA SEKALI, JANGAN KITA BUANGKANNYA UNTUK MENANTI SESUATU YANG TELAH LEPAS.

-WALAUPUN KITA TIDAK MENYUKAI SESUATU, TETAPI JIKA IA TELAH MENJADI SEBAHAGIAN HIDUP KITA DAN KITA TELAH PILIHNYA, KITA MESTI HADAPINYA WALAUPUN IA SUKAR.

-BUANGLAH HASAD DENGKI UNTUK SEKEPING HATI YANG BAHAGIA AGAR HIDUP KITA SENTIASA DISELAMI BUNGA-BUNGA KEBAHAGIAAN.

Saturday, February 28, 2009

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah, seandainya telah engkau catatkan dia milikku
tercipta untukku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi
Ya Allah yang Maha Mengasihani
seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini
ketepian yang sejahtera dan abadi
maka jodohkanlah kami
tetapi, Ya Allah,
Seandainya telah Engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luputkanlah dia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
agar aku sentiasa tenang dan bahagia
walaupun tanpa dirinya di sisi
dan Ya Allah,
Kau gantikanlah yang telah hilang
meskipun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah yang Tercinta
pasrahkanlah aku dengan takdirMu
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
segalanya yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan akhirat
dengarkanlah Ya Allah
rintihan hambaMU yang amat daif ini
janganlah Engkau biarkan aku sendirian
di dunia ini mahupun di akhirat

Tuesday, February 24, 2009

UNTUKMU AYAH..


untukmu ayh tersayang,

diriku percaya bahawa ayah akan sentiasa hadir,

di setiap kejayaan yang aku capai,

di setiap usahaku yang terhasil,


ayah,

biarpun suatu hari nanti kau 'pergi',

aku redha,

meskipun belum puas ku kaut kasihmu,

meski belum habis ku bermanja denganmu.


kaulah ayah,

kaulah teman,

kaulah guruku,

kaulah penghibur,

kaulah segalanya dalam hidup kami tujuh beradik.


ketika ku menangis, kau menenangkanku,

ketika ku gembira, kau turut ketawa,

ketika ku buntu, kau hadir merungkai segala masalah.


aku sayang ayah,

aku rindu ayah,

aku tak sanggup kehilangan ayah,

moga Kau tabahkan hatiku Ya Allah,

di atas segalanya yang menimpa ayah.


ayah, terima kasih atas segalanya......