Bulan Ramadhan menjelma lagi..
Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan nikmat.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dengan sungguh-sungguh beriman dan ikhlas kerana Allah semata-mata, nescaya diampuni Allah dosa-dosanya yang terdahulu"
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Oleh itu, marilah kita sama-sama membetulkan niat kita berpuasa ikhlas kerana Allah taala.
Di sini, saya ingin mengambil peluang untuk menyampaikan ilmu mengenai muslimah dan puasa. Para muslimah haruslah sensitif dengan oerkara ini, supaya ibadah puasa yang dijalankan tepat mengikut panduan syariah:
1.Keizinan suami
-Wanita yang suci daripda haid dan nifas wajib berpuasa di bulan Ramadhan walaupun suaminya tidak mengizinkan.Hal ini kerana tidak boleh mentaati arahan suami mana2 yang bercanggah dengan perintah Allah.
-Sebaliknya, jika puasa sunat, isteri wajib meminta izin daripada suaminya kerana izin daripada suami merupakan satu syarat bagi isteri yang ingin berpuasa sunat.Namun, isteri boleh berpuasa sunat tanpa izin suami jika suaminya sakit atau tiada di rumah kerana bermusafir.
2.Wanita hamil
-wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi, diberi keringanan untuk berbuka jika dia tidak berdaya meneruskan puasa kerana ditakuti akan membawa mudarat kepada diri ataupun janin yang dikandungi atau bayi yang disusui. Walaubagaimanapun, mereka wajib menggantikan kembali puasa yang ditinggalkan itu.
-sungguhpun bagi mereka yang meninggalkan puasa kerana bimbang janin tidak mendapat makanan yangg cukup atau bayi tidak mendapat susu yang cukup, dia perlu membayar fidyah pada setiap hari yang ditinggalkan.
3.Merasa makanan
-Hukum merasa makanan adalah makruh kecuali bagi mereka yang betul2 memerlukannya sebagai contoh pembuat roti yang perlu memastikan segala bahan yang dicampurkan dalam bancuhan roti itu adalah cukup agar rotinya tidak rosak.
4.Ciuman dalam bulan Ramadhan
-Bercium pada bulan Ramdhan adalah makruh bagi yang mudah naik syahwatnya.
-orang yang bercumbu kemudian inzal, wajib baginya untuk menggantikan puasa kerana sudah dikira terbatal. Tetapi kalau pasangan itu berjimak pada siang hari, wanita itu tidak diwajibkan membayar kifarah tetapi wajib qada' puasanya sedangkan suaminya wajib kafarah.
-walaubagaimanapun, mencium tangan suami ketika bertemu dan berpisah tiada masalah, apalagi jika amalan itu sudah biasa sebelum berpuasa.
5. kata-kata wanita
-Ketika bulan puasa, wanita digalakkan berzikir untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik(mengumpat, berkata kotor dan berdusta). Perbuatan mengumpat bukan sahaja mengurangkan pahala puasa tetapi menyebabkan amalannya tidak dinilai ALLAH.
6.Qada' puasa
-Apabila seseorang perempuan itu didatangi haid atau nifas, mereka mestilah mengganti semula puasa yang telah ditinggalkan mengikut juumlah hari yang ditinggalkan:
*puasa pada hari-hari yang lain yang dibolehkan untuk menggantikan puasa yang tertinggal.
*tidak diwajibkan melakukannya secara segera tetapi apabila ada kelapangan waktu hendaklah dilakukan sebelum masuk Ramadhan berikutnya.
-sumber:Solusi edisi 10-
No comments:
Post a Comment